Friday, July 10, 2015

Tetiba terlintas ungkapan ini di kotak fikiran apabila tersangkut-sangkut di beberapa tempat ketika ambil masa sedikit membaca Al-Quran pagi ini. Ungkapan ini boleh diringkaskan maksudnya "kerja menjadi senang apabila acap kali dilakukan.
Kalau kita buat sesuatu acap kali maka dengan mudah kita laluinya pada waktu-waktu yang lain. Contohnya, kita masuk ke taman perumahan yang banyak bonggol. Kalau dah hari-hari melalui kawasan bonggol yang sama sudah barang tentu kita dah dapat agak kawasan mana yang boleh laju atau perlahan.
Begitu juga kalau mendalami sesuatu pelajaran, Dulu waktu saya belajar, berulang kali saya tulis benda yang sama di atas kertas-kertas buruk atau kadang-kadang di papan-papan hijau di kelas-kelas kosong yang tiada orang kerana saya sedar otak saya agak lambat mengingat kembali apa yang diajar guru. Perkara yang sama saya buat hinggalah ketika menyambung pelajaran ke universiti. Saya sedar, kalau sekadar membaca tanpa ditulis berulang kali pasti sukar untuk saya mengingat kembali apa yang dibaca. Dalam pendidikan mudahnya disebut "latih tubi".
Berbalik kepada perkara pokok iaitu membaca Al-Quran. Alhamdulillah saya sedar, rupanya banyak kelemahan sekarang, membaca tersangkut-sangkut bukan dek kerana mata yang rabun tetapi kerana dah jarang-jarang meluangkan masa menatap kitab Allah ini. Ya Allah....ampunkan kelalaian hambamu ini.

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"

Ungkapan ini baik sebagai langkah berhati-hati dalam hubungan dengan kawan-kawan dan masyarakat tetapi dalam agama buat baik perlu banyak-banyak. Tak boleh berpada-pada.
Hari ini tiba-tiba teringat Tazkirah pendek selepas zohor kelmarin oleh Ustaz Muhamad bin Mohd Tahir, seorang ustaz muda di KPM.  
Kata Ustaz...Hari ini sudah 22 hari di bulan Ramadhan bermaksud ada 7 atau 8 hari lagi akan menjelma Syawal. Cuma.., yang pasti 22 hari kita dah lalui tetapi 7 atau 8 hari lagi tuu belum pasti kita yang punya. Baki yang ada belum tentu kita punya, jadi kalau sebelum ini kita rasa kerja ibadat kita sederhana maka inilah masa-masa terakhir untuk kita pecut dan tingkatkan amalan.
Ustaz kata lagi...kita ada dua pilihan sama ada mahu buat atau tidak tetapi bagi mereka yang sudah tiada hanya ada satu pilihan sahaja iaitu pastinya tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bangun pagi mulakan dengan 2 rakaat sebelum subuh kerana sangat besar ganjarannya, kemudian diikuti pula dengan dhuha 4 rakaat kalau ada masa lagi baca  quran walau sebaris ayat.
Tambah ustaz...bermula sesuatu kejahatan akan mula untuk kejahatan-kejahatan yang lain. Bermula dengan kebaikan akan bermulalah juga dengan kebaikan-kebaikan yang lain.  Sama macam solat tarawikh...kalu dari awal mula dengan 8 rakaat akan terus dengan 8 pastinya. Cuba bermula dengan 20, Ins Sya Allah berterusan hingga tamat Ramaahan dengan 20 rakaat.
Kesimpulannya, jangan cabar diri untuk undur dari kebaikan dan jangan cabar diri pula untuk buat kejahatan. Sesuatu dibuat perlu bersungguh-sungguh dan istiqamah.
Wallahuaqlam.

Thursday, July 2, 2015

'Umpama kiambang di air, akar tidak jejak ke bumi'

 
Maksud mudahnya.. tidak tetap pada satu-satu tempat. Macam pokok kiambang, hanyut ikut arus air.
Tapi saya lebih suka fokus kepada seseorang yang tiada pendirian tetap dan suka berubah-ubah mengikut masa. Kadang-kadang kerja buat dilaksanakan pun separuh jalan dan dibuat kerja yang lain pula. Hal sedemikian, kadang-kadang ada baiknya kerana boleh dianggap sebagai hijrah tapi dalam beberapa aspek akan memberi keburukan dan menampakkan kelemahan.
Saya berfikir...jika kita buat sesuatu yang paling penting adalah istiqamah. Macam juga ibadat, kalau bulan puasa buat sungguh-sungguh tapi di luar puasa tak buat pula..baik tak payah buat. Tak penting banyak yang kita buat tapi buat sepanjang masa walaupun sedikit. Opp stop jap, nak gi solat Jumaat

Thursday, January 1, 2015

Tanam Tebu di Tepi Bibir

Orang tua-tua kata "umpama menanam tebu di tepi bibir" maksudnya kata-kata manis hanya lahir di bibir sahaja tetapi hakikatnya di hati tiada langsung niat untuk melakukannya. Jelasnya peribahasa ini di tujukan pada orang yang mempunyai sikap yang tidak baik. Tetapi...tebu yang saya maksudnya di sini sebenarnya sebuah projek menanam tebu oleh adik saya Mohd Faizal yang sekarang ini telah ditanam sebanyak 12,000 benih. Saya ada la kongsi-kongsi sikit dalam projek ini. Harap-harap bulan Ramadhan nanti sempat la dijual tebu-tebu ini.

10 Oktober 2014 bermulalah kerja-kerja membersih tanah, membajak dan membuat batas. Berbeza sikit dengan projek lain, batas ini tidak digunakan untuk ditanam tetapi benih-benih ditanam di dalam parit-parit tepi batas tu.  Khabarnya tebu boleh dituai hasilnya selepas 8 bulan. Maksudnya bulan Jun 2015 nanti Insya Allah tebu-tebu ini boleh dijual.



Benih tebu tak mahal tapi yang mahalnya buluh2 yang nak digunakan untuk menyokong pokok2 tebu nanti. Sebatang buluh harganya RM1 bayangkan untu 12,000 benih niii dah beribu-ribu batang buluh ditanam. Ada juga yang dicari sendiri untuk jimatkan kos.

Lori membawa buluh

Mesin membuat lubang pancang buluh
Sekian dulu...sehingga hari ini 16 Nov. 2014


Berbaktilah Pada Tanah...Pertanian Itu Satu Perniagaan.

Itulah ungkapan yang selalu kita dengar. Macam mudah tapi pada yang mengusahakannya pasti lebih arif...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Hasilnya telah terserlah...Insya Allah.
Tebu dah mula nampak katamnya (2 Jan. 2015)