Tetiba terlintas ungkapan ini di kotak fikiran apabila tersangkut-sangkut di beberapa tempat ketika ambil masa sedikit membaca Al-Quran pagi ini. Ungkapan ini boleh diringkaskan maksudnya "kerja menjadi senang apabila acap kali dilakukan.
Kalau kita buat sesuatu acap kali maka dengan mudah kita laluinya pada waktu-waktu yang lain. Contohnya, kita masuk ke taman perumahan yang banyak bonggol. Kalau dah hari-hari melalui kawasan bonggol yang sama sudah barang tentu kita dah dapat agak kawasan mana yang boleh laju atau perlahan.
Begitu juga kalau mendalami sesuatu pelajaran, Dulu waktu saya belajar, berulang kali saya tulis benda yang sama di atas kertas-kertas buruk atau kadang-kadang di papan-papan hijau di kelas-kelas kosong yang tiada orang kerana saya sedar otak saya agak lambat mengingat kembali apa yang diajar guru. Perkara yang sama saya buat hinggalah ketika menyambung pelajaran ke universiti. Saya sedar, kalau sekadar membaca tanpa ditulis berulang kali pasti sukar untuk saya mengingat kembali apa yang dibaca. Dalam pendidikan mudahnya disebut "latih tubi".
Berbalik kepada perkara pokok iaitu membaca Al-Quran. Alhamdulillah saya sedar, rupanya banyak kelemahan sekarang, membaca tersangkut-sangkut bukan dek kerana mata yang rabun tetapi kerana dah jarang-jarang meluangkan masa menatap kitab Allah ini. Ya Allah....ampunkan kelalaian hambamu ini.
No comments:
Post a Comment