Friday, July 10, 2015

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"

Ungkapan ini baik sebagai langkah berhati-hati dalam hubungan dengan kawan-kawan dan masyarakat tetapi dalam agama buat baik perlu banyak-banyak. Tak boleh berpada-pada.
Hari ini tiba-tiba teringat Tazkirah pendek selepas zohor kelmarin oleh Ustaz Muhamad bin Mohd Tahir, seorang ustaz muda di KPM.  
Kata Ustaz...Hari ini sudah 22 hari di bulan Ramadhan bermaksud ada 7 atau 8 hari lagi akan menjelma Syawal. Cuma.., yang pasti 22 hari kita dah lalui tetapi 7 atau 8 hari lagi tuu belum pasti kita yang punya. Baki yang ada belum tentu kita punya, jadi kalau sebelum ini kita rasa kerja ibadat kita sederhana maka inilah masa-masa terakhir untuk kita pecut dan tingkatkan amalan.
Ustaz kata lagi...kita ada dua pilihan sama ada mahu buat atau tidak tetapi bagi mereka yang sudah tiada hanya ada satu pilihan sahaja iaitu pastinya tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bangun pagi mulakan dengan 2 rakaat sebelum subuh kerana sangat besar ganjarannya, kemudian diikuti pula dengan dhuha 4 rakaat kalau ada masa lagi baca  quran walau sebaris ayat.
Tambah ustaz...bermula sesuatu kejahatan akan mula untuk kejahatan-kejahatan yang lain. Bermula dengan kebaikan akan bermulalah juga dengan kebaikan-kebaikan yang lain.  Sama macam solat tarawikh...kalu dari awal mula dengan 8 rakaat akan terus dengan 8 pastinya. Cuba bermula dengan 20, Ins Sya Allah berterusan hingga tamat Ramaahan dengan 20 rakaat.
Kesimpulannya, jangan cabar diri untuk undur dari kebaikan dan jangan cabar diri pula untuk buat kejahatan. Sesuatu dibuat perlu bersungguh-sungguh dan istiqamah.
Wallahuaqlam.

No comments:

Post a Comment