Bila aku minat...
Tak fikir dah susah ka senang ka, aku akan dapatkan.
Kini memang aku dapat memiliki Vellfire yang aku minat.
Survey punya survey dapat la sebiji yang spec paling rendah dan harga yang mampu aku bayar.
Nah..memang berbaloi Vellfire nii.
Berada di dalamnya terasa begitu selesa.
Ketinggian, keluasan dan kekemasan dalaman membuat kita rasa nak pandu ke mana-mana saja yang kita suka.
Alhamdulillah, sejak 3 minggu ini impian yang dah lama untuk memilikinya tercapai sudah.
Jauh di sudut hati, aku mahu ayah dan emak di kampung bangga bahawa anaknya sudah berjaya, hidup bahagia bersama anak dan isteri.
Kalau boleh cuti ini mahu bawa ayah, emak naik Vellfire ku pusing-pusing satu kampong tapi mahukah mereka.
Apa-apa pun terima kasih isteriku yang sentiasa menyokong apa sahaja hajatku malah bersama-sama bersusah payah pada setiap ketika.
No comments:
Post a Comment